Sebelum menyertai Syarikat, Mr. Rizk adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah bagi Mack-Cali Realty Corporation (NYSE: CLI), sebuah Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) yang berpusat di Cranford, New Jersey. Sepanjang tempoh beliau memegang jawatan tersebut, Mr Rizk telah membangunkan Cali sehingga menjadi REIT serantau yang terkemuka di mana beliau telah mengetuai proses tawaran awam permulaan syarikat tersebut yang amat berjaya pada tahun 1994. Beliau lah yang bertanggungjawab memantapkan kedudukan Cali sebagai satu daripada REIT dagangan awam yang paling pesat berkembang di AS. Sewaktu persaraannya pada April 1999, Cali mempunyai jumlah keseluruhan pelaburan melebihi $3 bilion. Sebelum menyertai Mack-Cali, Mr. Rizk adalah Naib Presiden dan Ketua Peguam di Dubnoff & Koch, firma pembangunan harta tanah yang berpusat di New Jersey. Sebagai seorang peguam, Mr. Rizk mengkhusus dalam bidang penggabungan dan pemerolehan, undang-undang harta tanah dan korporat. Mr. Rizk juga telah menghabiskan beberapa tahun dalam industri televisyen kabel, menjalankan kerja-kerja penggabungan dan pemerolehan semasa tempoh transisi dan penyahkawalseliaan. Mr Rizk telah menerima ijazah B.A. dalam pentadbiran perniagaan dari Rutgers University, ijazah J.D. dari Rutgers University School of Law, dan L.L.M. dalam pencukaian dari New York University School of Law.
Carmen menyertai Tudor Ventures pada tahun 1996. Sebelum menyertai Tudor, Carmen bekerja untuk Triumph Capital Group, firma ekuiti persendirian yang berpengkalan di Boston yang melabur dalam syarikat yang telah lama dan mantap beroperasi. Carmen memfokuskan kepada perniagaan yang berkaitan dengan internet, perisian, dan perkhidmatan perniagaan. Beliau telah mengetuai atau sama-sama mengetuai pelaburan Tudor dalam beberapa syarikat, termasuk Art Technology Group (NASDAQ: ARTG), Captura Software (diambil alih oleh Concur Technologies - NASDAQ: CNQR), Chordiant Software (NASDAQ: CHRD), GAIN Capital, Global Cash Access, Managed Storage International, MediaBridge (NASDAQ: ENGA), Recruitmax, dan Shoebuy (IAC). Carmen pada masa ini berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Recruitmax dan Incentra Solutions. Carmen adalah lulusan Harvard College, dengan ijazah dalam Ekonomi, dan menerima MBA nya dari Harvard Business School.
Jeff menyertai Tudor Ventures pada tahun 1999. Sebelum menyertai Tudor, Jeff bekerja untuk Downer & Company, firma penasihat penggabungan dan pemerolehan antarabangsa. Jeff pada masa ini memberi tumpuan untuk mendayakan perisian dan perkhidmatan, keselamatan, penyimpanan, dan infrastruktur Internet. Jeff terlibat secara aktif dalam pelaburan Tudor dalam Crossbeam Systems, Intelligrated, IDe, and Pipeline Trading. Beliau juga adalah Pemerhati Lembaga Pengarah untuk ThingMagic. Jeff adalah lulusan dari Yale University, dengan ijazah dalam Sejarah, dan menerima MBAnya dari MIT Sloan School of Business.
Brent menyertai GE pada tahun 2000 dan adalah Naib Presiden Kanan yang memfokuskan kepada pelaburan ekuiti Penjagaan Kesihatan. Sebelum menyertai GE, Brent bekerja untuk Duff & Phelps, LLC, penyedia khidmat nasihat penggabungan dan pemerolehan kepada pasaran tengah. Brent pada masa ini memfokuskan kepada pelaburan ekuiti bagi syarikat penjagaan kesihatan untuk GE Healthcare Financial Services. Selain TractManager, Brent turut berkhidmat dalam lembaga pengarah Penjagaan Kesihatan Tambahan dan merupakan Pemerhati Lembaga Pengarah untuk AllianceCare. Brent adalah lulusan dari University of Illinois at Urbana-Champaign, dengan ijazah dalam Kewangan dan telah menerima MBAnya dari Kellogg School of Management, Northwestern University. Brent juga adalah CPA.
Scott adalah Naib Presiden Kanan di GE dalam Kewangan Korporat Penjagaan Kesihatan. Sejak menyertai GE pada tahun 2005, Scott telah memulakan dan menstrukturkan transaksi untuk beberapa syarikat termasuk SXC Health Solutions, Corporation (NASDAQ: SXCI), Salient Surgical Technologies, Aptuit Inc., Patheon Inc. (TSX: PTI.TO), TractManager, MedPointe Inc., dan Specialty Hospitals of America, LLC. Sebelum menyertai GE pada tahun 2005, Scott adalah Pengarah di UBS Investment Bank dalam Bank Pelaburan Penjagaan Kesihatan. Scott memperoleh Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan dan Perakaunan dengan minor dalam Harta Tanah dari James Madison University, dan MBA dari Goizueta Business School di Emory University di mana beliau dilantik ke dalam persatuan kehormat Beta Gamma Sigma kebangsaan. Scott adalah CPA berlesen dan mempunyai lesen Series 7.