Utama / Kajian Kes / Pulangan Pelaburan

Pulangan Pelaburan

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pentadbir hospital semasa tempoh kegawatan ekonomi ini. MediTract menyediakan perhidmatan yang membantu para pentadbir menghadapi cabaran tersebut dengan mengubah cara penjagaan kesihatan menjalankan perniagaan.

Kajian terbaru oleh perunding bebas bagi 389 buah hospital (anggaran 6% daripada semua hospital di A.S) menunjukkan bahawa klien MediTract boleh menjangkakan untuk menjimatkan $14.40 sehingga $16.28 untuk setiap dolar yang dibelanjakan dengan menggunakan penyelesaian MediTract. Digabungkan dengan tiada kos terlebih dulu dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik, pulangan potensi pelaburan ini menjadikan MediTract alat yang amat berharga untuk sebarang sistem penjagaan kesihatan.

Di bawah adalah contoh penjimatan sebenar yang diberikan oleh pelanggan MediTract yang menyertai kajian ini.

Contoh 1:

Penggunaan MediTract membolehkan sistem hospital untuk merundingkan perjanjian sistem yang menghasilkan penjimatan tahunan sebanyak $500,000.

Contoh 2:

Sistem hospital boleh menjimatkan sebanyak $140,000 setiap tahun, melalui penggunaan MediTract, dengan merundingkan kadar lebih baik untuk perkhidmatan pengambilan pakar perubatan.

Contoh 3:

Penggunaan pemberitahuan automatik MediTract telah meningkatkan pembayaran balik $1,000,000 setiap tahun, dengan memastikan pembayar penjagaan yang diuruskan untuk membayar mengikut jadual penyesuaian kadar secara tepat masa.

Contoh 4:

Sebelum penggunaan pemberitahuan automatik MediTract, lebihan bayaran antara $100,000 hingga $250,000 telah dibuat apabila bayaran diteruskan untuk beberapa perjanjian yang telah luput.

Contoh 5:

Sistem hospital melaporkan penjimatan 3.5 FTE (Bersamaan dengan Sepenuh Masa) ke atas pentadbiran kontrak, menghasilkan penjimatan sebanyak $156,520 setiap tahun melalui penggunaan penyelesaian pengurusan kontrak elektronik MediTract.

Contoh 6:

Beberapa sistem hospital melaporkan penjimatan kos, lebih daripada $100,000 selama lima tahun, dan menjimatkan masa, beberapa ratus jam setahun, apabila memberikan respons terhadap permintaan maklumat daripada juruaudit, dengan menyediakan akses secara terus kepada dokumen elektronik MediTract.

Contoh 7:

Sebelum penggunaan MediTract, sistem hospital melaporkan anggaran kerugian ratusan waktu kerja, apabila memberikan respons terhadap sepina anti-trust persekutuan, kerana berjuta-juta salinan perlu dicetak dan dihantar kepada Peguam AS. Penggunaan salinan dokumen elektronik MediTract akan menghasilkan penjimatan masa yang amat banyak.

Contoh 8:

Hospital mendapati penurunan 28.3% dalam pembayaran untuk kontrak yang telah luput selama 6 bulan dengan penggunaan pemberitahuan automatik MediTract.

Contoh 9:

Beberapa sistem hospital melaporkan beberapa jam penjimatan masa untuk setiap permintaan dokumen semasa menjalankan aktiviti usaha wajar.

Contoh 10:

Penggunaan MediTract lwn. sistem internal menghasilkan penjimatan IT $123,200 setiap tahun yang dilaporkan ($63,200 dalam kos perkakasan dan perisian awal dan $60,000 setiap tahun bagi meja bantuan dan kos sokongan berterusan) oleh sistem hospital.

Contoh 11:

Sistem hospital melaporkan bahawa penggunaan MediTract akan memberikan mereka penjimatan anggaran kos $500,000 untuk memulihkan arkib kontrak daripada bencana. Lebih daripada satu pertiga responden telah mengalami bencana.